BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

i❤you ALL

i❤you ALL

Tuesday

FAKING DUDE !.!''

THE WALKING DEAD SEASON 1
6 EPISOD
EVERY MONDAY
10:55PM
REPEAT ON TUESDAY
11:50AM
ASTRO FOX
...................................................................................
smlm pukul 10.50pm aku tengok cite nie ... aku mmg da lama nanti2 kan citer ni ... coz ada yg cakap komik ttg cter ni cuma agak panjang lebar menjelar2[mcm post ak yg sebelum , haha :DD]
mmg gempak kott citer dea . pada kounk yg tak tgk , di harap tgk . cuba kounk bayangkn orunx yg da mati hidup kembali dan laparkan daging manusia dan haiwan . mmg tak menahan lah [ bukan tak tahan nk g toilet okayy :) ] ummm ,,, tataw nk describe mcm mane . juz for me cter ni mmg gempak tahap baban dohh ...kounk kena tgk sendiri baru kounk taw lah .... tak sabar rasanya nak tgu isnin mingu dpn utk tgk episod ke 2 ... haha :DD keje2 gak , tp citer hantu mcm ni taley di lepaskn utk di tonton ...
ni sedikit info ttg cerita THE WALKING DEAD EPISOD 1
[yg sempat n rajin aku take note lahh ]
........................................................................................................
Ttg seorg PEMBANTU SHERIF yg brnama RICK  . Pada mulanya RICK sedang berehat dgn rakan setugasnya , SHANE . Ketika sedang menjamah makanan tengah hari di dalam kereta SHERIF di tepi selekoh kawasan perumahan , mereka menerima suatu panggilan dari PEJABAT SHERIF mengenai suatu kejadian . Mereka menuju ke kawasan kejadian dan berkerja sama dengan ANGGOTA POLIS . Kereta penjenayah telah dapat di berhentikan . Tetapi penjenayah itu keluar dari kereta dan berlaku kejadian tembak menembak dengan POLIS dan SHERIF . Seorg penjenayah melepaskan tembakan dan terkena perut RICK , akan tetapi , RICK selamat kerana memakai VES KESELAMATAN . Pada mulanya , POLIS dan SHERIF myangka hanya ada 2 orang penjenayah , tetapi penjenyah ketiga keluar dan melepaskn tembakan dan terkena bahu RICK . Maka RICK jatuh pengsan dan berada dlm keadaan KOMA . RICK terlantar di hospital . 
 Pada suatu ketika RICK seakan tersedar ketika SHANE melawatnya dan membawa sejambak BUNGA . Tetapi saat RICK tersedar dr KOMA , bunga yg dibawa oleh SHANE yg diletakkn di dlm sebuah pasu telah LAYU semuanya . RICK menjadi hairan . RICK cuba bangun dr katilnya dan menuju ke luar wad , dan di dapati keadaan hospital sgt teruk . Tiada NURSE atau DOKTOR . Senang cite TIADA MANUSIA LANGSUNG di hospital itu . Dan tiada SIGNAL di HOSPITAL itu . RICK menjadi pelik . RICK cuba keluar dr hospital , tetapi LIF TIDAK BERFUNGSI krn tiada bekalan elektrik maka RICK pun mgunakan tangga hnya berbekalkan SEKOTAK MANCIS yg hanya tingal beberapa batang utk MENERANGI KEGELAPAN TANGGA itu .
Saat RICK keluar dari hospital itu , kelihatan BANYAK MAYAT yg berada di luar hospital itu . Malah di merata2 tempat terdapat MAYAT . Keadaan seperti berlaku peperangan yg sgt dahsyat . RICK terjumpa sebuah BASIKAL . Pemilik basikal itu berada berdekatan basikal itu . Ketika RICK cuba utk amek basikal itu , pemilik basikal itu memandang RICK . RICK terkejut melihat keadaan pemilik basikal itu yang hanya tingal sekerat badan sahaja . RICK menunggang basikal utk ke rumahnya utk mencari ISTERI dan ANAKNYA . Tetapi saat dia tiba di rumah , tiada siapa di rumah . Maka , RICK keluar dr rumahnya utk mencari sesiapa yg dikenalinya .
 RICK ternampak seseorg di tgh2 jln , tetapi ada seorg NEGRO menembak org yg di tgh2 jln itu . RICK terkejut , ttpi saat RICK terjumpa seorang kanak2 [yg bernama DUANE] RICK dipukul mgunakan SPADE di blkg bdn nya . Saat RICK tersedar , RICK telah di ikat di atas katil oleh bapa DUANE [ NEGRO yg menembak lelaki di tgh jln ] . Bapa DUANE risau kalu2 RICK salah seorg dr THE WALKER [ ZOMBIE ] Maka bapa DUANE mengikat RICK di atas katil krn RICK mempunyai BALUTAN di BADANNYA . Ini kerana , bapa DUANE mengatakan jika digigit , dicakar oleh THE WALKER , akn mybabkan DEMAM hingga MEMBAKAR dan akn meninggal . Tetapi akn hidup semula sebagai THE WALKER .
Setelah bapa DUANE melepaskan RICK , beliau mgajak RICK makan . Saat mereka sedang mkn , sebuah KERETA BIRU di selekoh jalan berbunyi . Maka RICK dan bapa DUANE melihat melalui tingkap dan RICK ternampak byk THE WALKER di tgh jln sedang mencari mangsa utk di makan .

Pada keesokan harinya , RICK , bapa DUANE dan DUANE pergi ke rumah RICK utk memriksa jika keluarga RICK ada meningalkan apa2 pesan kpdnya . Tetapi tiada apa yg di jumpai . RICK membawa bapa DUANE dan DUANE ke PEJABAT SHERIF . Mereka membersihkan badan dan mengambil segala peralatan yg diperlukan . RICK ingin mencari ISTERI dan ANAKNYA .
Setelah itu , RICK menuju ke KOTA . Saat RICK ingin ke kota , kereta beiau kehabisan minyak . Maka RICK berhenti dan mencari minyak utk keretanya utk meneruskan pejalanannya . RICK tejumpa sebuah rumah , RICK memangil2 tetapi tiada yg menjawab . RICK melihat sekeliling rumah dan mengintai ke dlm rumah . SEMUA ISI RUMAH telah mati bunuh diri kerana tidak mahu diserang oleh THE WALKER dan mjadi salah seorng dari THE WALKER . Ketika RICK ingin keluar dr kawasan rumah itu , RICK terjumpa sekor KUDA .Maka , RICK pun menungang kuda muju ke kota .
Ketika tiba di kota , keadaan sgt3 teruk . Kereta kebal di mane2 , kereta berlanggar di sana sini . Saat RICK melalui sebuah van , PENUMPANG VAN yg merupakan THE WALKER keluar cuba memdptkn RICK tetapi RICK berlalu pergi .
Pada suatu saat , RICK terlihat kelibat HELIKOPTER . RICK cuba mengajar tetapi di saat RICK mahu membelok , kelihatan BANYAK THE WALKER ditgh jalan dan mereka mengejar RICK .  RICK cuba melarikan diri tetapi mereka berada di mane2 . Saat kuda yg di tunggang oleh RICK menjatuhkan RICK kerana di tarik oleh THE WALKER , kuda RICK di makan oleh THE WALKER dgn LAHAP nya . Mereka cuba mendapatkan RICK , tetapi RICK melarikan diri dr bawah kereta kebal .
 Saat RICK nyaris2 du tangkap oleh THE WALKER . RICK terjumpa suatu lubang utk ke dlm kereta kebal . Saat RICK didalam kereta kebal , ada satu THE WALKER dan RICK menembak THE WALKER itu akan tetapi keadaan tembakan itu berdengung di dlm kereta kebal myebabkan telinga RICK berdesing .[cuba kounk bayangkan , kalu teinga kounk kat tepi gong , mcm uhh lah keadaan rick dlm kereta kebal itu ] Rasanya ini sahaja lah yg dapat ditulis .

NI BEBERAPA PIC DR THE WALKING DEAD

PEMILIK BASIKAL

 KETIKA RICK CUBA MENGEJAR BYG2 HELIKOPTER

KETIKA THE WALKER MAKAN KUDA YG TUNGGANG RICK
DAN RICK CUBA MELARIKAN DIRI

KEADAAN DI RUMAH YG RICK SINGGAH UTK MEMINTA MINYAK UTK KERETANYA


-OLEH ITU SAYA SARANKAN ANDA UTK TONTON SENDIRI CERITA INI . BARU ANDA TAW BETAPA GEMPAK NYA CITER INI -

till now
SAYONARA ~

0 comments: